Apa itu vulva?
Vulva ialah anggota sulit luaran wanita yang terdiri daripada tundun, bibir besar, bibir kecil, kelentit (Clitoris) dan vestibule (bahagian antara bibir). Manakala vagina pula ialah anggota sulit dalaman wanita. Anggota sulit haruslah dijaga dengan betul supaya ianya berfungsi dengan baik, terutamanya sewaktu hubungan intim. Anggota sulit yang bersih dan sihat dapat menjauhkan kegatalan, kekeringan atau kesensitifan pada kulit sekitar vulva.
Apakah cara yang betul menjaga anggota sulit saya?
Kenalilah anggota sulit anda. Memeriksa sendiri dengan kerap boleh memberikan keyakinan kepada diri tentang kesihatan vulva anda. Menggunakan pencuci yang sesuai dengan kulit untuk membersihkan vulva adalah amat penting. Bahan kimia di dalam sabun mandi, minyak wangi atau gel mandian boleh menyebabkan iritasi pada kulit vulva anda. Akibatnya, kulit menjadi kering dan gatal.
Bagaimana saya boleh mengekalkan kelembapan anggota sulit saya?
Di samping kelembapan semulajadi yang sedia wujud pada vulva anda, penggunaan krim perapi yang sesuai dengan kulit juga membantu mengekalkan kelembapan vulva.
Apakah krim perapi anggota sulit yang sesuai dan selamat digunakan?
O'must Woman's Genital Cream adalah krim perapi krim perapi anggota sulit wanita yang berfungsi secara kosmetik dan juga klinikal. Krim ini diformulasi khas untuk menjaga anggota sulit anda daripada kekeringan atau sebarang iritasi. Ia mengekalkan kesegaran, kesensitifan dan kebersihan vulva. Ia juga memastikan anggota sulit luaran sentiasa mantap, lembab dan kukuh, lantas memberi perlindungan dan menghindar pendedahan daripada bakteria serta kulat.
Krim ini juga adalah hasil dari kajian klinikal yang terperinci dan diluluskan diperingkat antarabangsa. Ia juga diiktiraf 'HALAL ANTARABANGSA'.
Adakah krim ini sesuai digunakan oleh golongan remaja dan tua?
Memandangkan krim ini diperbuat daripada herba semulajadi, ianya selamat digunakan oleh semua golongan wanita, tanpa mengira umur atau status perkahwinan.
Apakah cara yang betul menggunakan krim ini?
Sapukan krim ini pada vulva anda, terutamanya pada kulit yang agak lembab sejurus selepas dicuci. Untuk kulit sensitif, sapu dulu pada bahagian sebelah dalam peha anda dan biarkan semalaman untuk memastikan tiada alahan. Krim ini tidak melekit atau cair dan tidak meninggalkan sebarang kesan pada pakaian dalam anda. Penggunaan yang berterusan membentuk satu lapisan pelindung dibahagian luaran anggota sulit anda.
Apa yang paling menyeronokkan ialah, penggunaan minyak aromatik dalam formulasi krim ini sentiasa meninggalkan kesan yang wangi dan segar pada vulva anda.